Kegilaan

Kegilaan
Besi2 bulat yang sering menjadi perhatianku

Friday, February 11, 2011

Cream of the Crop

Tatkala menaip surat draf untuk sebuah badan kerajaan. ada suara halus menyeru aku untuk menulis dan menzahirkan sebuah perasaan terpendam dalam diri. satu fenomena..satu keadaan..yang sebenarnya sedang melanda diri aku sendiri..daripada ia hilang begitu sahaja..ada baiknya aku zahirkan dalam ruangan ni..

fenomena ni bukan sesuatu yang asing..cuma kadang2 kita tak perasan..taktau..yang sebenarnya kita sedang lalui sendiri..fenomena student yg org putih panggil "cream of the crop" atau best of the best..

dimana kah taraf student2 kita yang berjaya menggenggam segulung ijazah dari sebuah universiti tempatan..sejauh manakah kemampuan mereka? tidak kiralah course apepun..yang penting graduan tempatan..terutamanya graduan sesama bangsaku sendiri..bagi ku memegang ijazah undang2 universiti tempatan hasil titik peluhku sendiri..merangkak..merayu..berguling..terkangkang sehingga akhirnya berjaya juga (itupun nasib baik ada ibu bapa dan kaum keluarga yang menyokong penuh usahaku) melepaskan diri dari siksaan (aku tak minat langsung buat law) pembelajaran undang2..

at the first instance..pada awal2 tahap berjaya graduate..aku pikir..tak berbaloi segala wang ringgit yg dilaburkan oleh bank PAMA terhadapku jika aku bekerja diluar bidang undang2..3tahun aku bekerja sebagai peguam berdaftar..atau lebih glamour org panggil LAWYER..nama yang gah pada mata masyarakat..tapi sebenarnya hummmmm..

teringat satu ketika saat aku masih dalam "chambering"..satu program di mana aku dan rakan2 ku diminta bekerjasama membantu menyelesaikan masalah/soalan yg diberikan oleh pihak penganjur..dipendekkan cerita jawapan yg kami berikan itu salah..apa yg mengejutkan ialah..reaksi organiser cukup mengecewakan..beliau bertanya "from which lawschool all of you graduated from?" ada yg menjawab..**U..U**..U***..kesemuanya local university..universiti tempatan..terlihat reaksi dari wajah beliau hasil dari monolog dalaman yg aku pasti aku dapat baca dari airmukanya (hummm..patutlah..local grad..mmg teruk..tak pandai..tak macam student yg grad dari universiti org putih)..

would it be any different kalau aku memberitahu beliau bahawasanya aku grad dari YALE?? mungkinkah reaksinya berbeza? kenapa perlu dibezakan sebegitu rupa? pembelajaran kami di universiti tempatan adalah setaraf dgn universiti2 di luar sana..jika aku seorang graduate universiti YALE dan aku salah menjawab soalan yg diberikan..apakah reaksi yg bakal aku terima..sy YAKIN DAN PASTI..reaksinya berbeza..reaksinya pasti begini "hummm its okay..the answer is a bit off..but u did well"..kenapa? sebabnya aku seorang graduate dari YALE? atau OXFORD? atau Cambridge? atau Lincoln's Inn? fenomena ini sangat menyakitkan hati aku sebagai seorang pelajar dari universiti tempatan..malah sebagai bangsa melayu yg sememangnya sering menjadi tohmahan bangsa2 lain (friends of different races..i'm not trying to create a fuss..this is just my feelings..jangan ambil hati ok..no offence towards u all..am not a racist)

hebat sangat kah graduate dari luar negeri? pintar benarkah mereka? local student yg berjaya layak ke universiti tempatan ini setahu aku ramai yg straight A's..

ramai yg masuk IPTS ni kureng sket..tu sbb tak layak masuk..kemudian mereka memasuki kolej2 yg mempunyai program twinning dgn universiti2 luar..bila pulang dari oversea..kenapa mereka ini yang lebih diterima dari pelajar universiti tempatan..hebat kah mereka? ilmunya melebihi kitakah? fenomena ini yg aku mmg tak paham dan sebenarnya sukar utk aku terima dan telan..bila mereka yg dii "favour" oleh majikan2 kemanakah hala tuju aku..dan juga rakan2 dari universiti tempatan yg lain??? mereka join government..yaaaaa..disitu lah majoriti mereka mencari rezeki..nak kaya takkan boleh..tapi senang lah..

mereka grad oversea ni yg join firma2 swasta..yg konon2 terer..sehingga ramai majikan2 sesama bangsa kita mengenepikan peluang graduan2 tempatan untuk berjaya kerana mereka lebih suka dan memilih graduan oversea tadi(jgn lupa mereka ni SPM pun teruk..ada yg tak berapa nak pass)..increment tahunan beratus2..bonus berbulan2..graduan tempatan?? naik la seratus dua(sbbnya kita ni dikatakan kurang bagus) apa yg tak kena? sistem pembelajaran kita kah yg tak kena? mungkin jawapannya adalah sistem pembelajaran kita..kurang memberi perhatian terhadap kemajuan anak bangsa..sbb itu aku menolak sistem merit yg diperkenalkan oleh kerajaan..bg peluang pada org lain buat apa..org kita ditolak ketepi..mangsanya adalah golongan pelajar yg seperti aku ni..tahap average..taklah bodoh..tapi tak berapa pickup..yg pandai2..boleh apply masuk government..macam aku?? terpaksa bersaing dgn graduan2 luar yg sememangnya dalam keadaan tak adil..

its a losing battle..aku ada sedikit kesal..kerana masa belajar dulu tak ambil course yg aku mmg minat..tapi aku tak menyalahkan org lain walaupun keputusan aku kurang cemerlang..sepatotnya aku harus berusaha lebih gigih dan rajin supaya grad dgn cemerlang..silap aku juga kerana tidak berusaha tahap tertinggi demi kejayaan diri sendiri..

apepun sekarang..hidup ni mesti diteruskan..perjuangan aku sudah beralih..aku pencen dari bidang undang2..i'm fighting my own war..but now its on a different battlefield..suasana baru..ada hikmahnya..tiada lagi umpatan..keji mengeji..cakap belakang..tikam belakang..kutuk mengutuk (maaf aku katakan disini..sesebuah pejabat yg mempunyai majoriti pekerja bangsa melayu yg mempunyai masalah sebegini..aku sayang bangsaku sendiri..cuma tak paham..kenapa melayu suka bersifat sebegitu) mmg huduh perangai..ingat nak tampo dan terajang..tapi nanti aku DAYUS..sabar, pejam mata dan pekakkan telinga sahajalah yg mampu aku buat..

aku berasa puas..puas dapat menulis apa yg terpendam sekian lama..berbuku dalam hati ni..rasa tak puas hati dapat dizahirkan dalam penulisan serba daif dan menggunakan bahasa pasar..aku bukan blogger..aku hanya menulis dari hati..adalah menjadi harapanku..agar agama aku..bangsa aku..berjaya..tidak lagi dicemuh..dikeji..ditipu..diperkotak katikkan oleh org lain..aku tetap akan berjuang selagi ada daya..dan selagi bernyawa demi agama, bangsa dan negara.

sekian,
Lutfi