Semalam 1hb Jun 2011, isteri saya membuat panggilan kepada Unit Gaji, Bahagian Kewangan Hospital Kuala Lumpur ingin bertanyakan tentang potongan gaji yang beliau terima selama dua bulan.(bila terpotong mula la risau..hehehehehe) Panggilan tersebut dijawab oleh seorang wanita (tanpa nama..kenapa? baca dulu..baru tau) dan telah pun menerangkan serba sedikit berkenaan gaji yang dipotong adalah dari elaun kritikal kerana cuti bersalin selama dua bulan.
Walaupun nada suara wanita tersebut menurut isteri saya agak kurang manis didengar (kali pertama), penjelasan yang diberikan kami terima dengan baik. Kemudian isteri saya bertanya lagi sampai bilakah/ bulan berapakah akan disambung semula elaun kritikal tersebut, jawapan wanita itu adalah "doktor kiralah sendiri!!" (kedua). apabila isteri saya bertanya "siapakah gerangannya yang berada dihujung talian?" (isteri aku pun..banyak bebenor soalannye) jawapan yang mengerikan kami terima. Jawapan yang tidak sepatutnya dituturkan oleh penjawat awam. Jawapan yang saya rasa Perdana Menteri kita Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak sendiri akan berasa malu mengenai balasan penjawat awam yang digaji oleh beliau. Jawapan perempuan tersebut adalah "SIAPA-SIAPA PUN BOLEH!!"(ketiga..gedebbommmmmm.. I SNAPPED!! biadap setan ni). Tamat cerita semalam.
Kita buka lembaran baru, baru sebentar tadi (dalam pukul 10.20 pagi). Saya tanpa rasa segan silu dan tatatertib sebagai seorang lelaki macho, kacak serta bergaya. Telah membuat kemunculan bak hero Korea "rain" (yang digilai oleh gadis-gadis se-malaya umumnya) di Unit Gaji Bahagian Kewangan Hospital Kuala Lumpur ingin bertemu dengan wanita (*^*&%R&*^&%^%$%&^%&) tersebut. Malangnya beliau tiada berkemungkinan besar MINUM PAGI. Hanya C.C (chief clerk) sahaja yang "available". C.C pun C.C lahhhhh. Setelah bercerita serba sedikit. Beliau menyatakan rasa kesal dan meminta maaf atas kejadian tersebut dan terus mengambil butir-butir berkenaan gaji dari isteri saya (orang datang komplen baru menggelupur). Beliau juga turut menyatakan beliau kemungkinan besar tahu siapakah gerangan wanita (*^*&%R&*^&%^%$%&^%&) tersebut dan berjanji akan memberi amaran kepada wanita (*^*&%R&*^&%^%$%&^%&) itu.
Saya bukan nak mengadu banyak-banyak. Ayah serta Bonda saya juga mengabdikan diri bekerja di Jabatan Kerajaan sehingga pencen. Janganlah layan rakyat macam rakyat ini bodoh bendul. I can make your life very difficult indeed wahai wanita (*^*&%R&*^&%^%$%&^%&). I can destroy what you have now and you will suffer me!! (cewahhh cakap org putih..please don't make me speak english) bukan nak "eksyen" org kata..cuba fikir baik-baik. Kalau engkau boleh "kerek" orang lain boleh lapan kali ganda "kerek" dari engkau. Cumanya saya kesal, masih wujud lagi orang seperti ini di Jabatan Kerajaan. Sedih bila orang seperti ini tak sedar musibah yang bakal menimpa mereka.
Yang penting tadi Unit Gaji Bahagian Kewangan Hospital Kuala Lumpur telah digegarkan oleh Resakse Lutfi. Semua terpaku kat tempat duduk masing-masing..apahal telor terkecut kedalam ke? kalau perempuan kecut ape ek? hajat tak kesampaian hendak melihat raut wajah bening dan mulus wanita (*^*&%R&*^&%^%$%&^%&) tersebut. Nasib wanita (*^*&%R&*^&%^%$%&^%&) tersebut memang baik.
aduyaiiiii orang kerajaan, org melayu kita juga..entahlah..bak kata Nabil..Lu Pikir La Sendiri..
sekian,
Resakse Lutfi
No comments:
Post a Comment